Lihat Kartu Ucapan Lainnya (LPPMITC.co.cc)
Tampilkan postingan dengan label PRODUK KESEHATAN. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label PRODUK KESEHATAN. Tampilkan semua postingan

Rabu, 27 Januari 2010

EXTRA GREEN

extragreenEXTRAGREEN (BESAR) harga umum97.000 harga member 80.000 nilai mata 23.000

EXTRAGREEN (KECIL) harga umum50.000 harga member 42.000 nilai mata 10.000

Extragreen diformulasikan dari bahan-bahan alami : Madu Murni (kadar air di bawah 20%), spirulina (Arthospira Plantesis), Minyak zaitun (Olive oil) dan Minyak Habbatussauda (Nigella sativa). Dalam Spirulina terkandung Provitamin A, Mineral dan asam aminosedangkan dalam Habbatussauda terkandung Vitamin B1, B2, B6, C, E serta bermacam mineral dan zat besi sebagai elemen pentingdalam membantu fungsi bermacam enzim lainnya. Formula lengkap ini sangat mudah diserap oleh tubuh sehingga baik untuk mempertahankan kesehatan dan kebugaran tubuh, meningkatkan daya tahan tubuh terhadap beragam penyakit dan memperlancar peredaran darah.

read more...

Minggu, 24 Januari 2010

MADU COSCINIUM

Madu Coscinium (Herba Resdung)

Produk ini sangat baik untuk merawat masalah resdung.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 30
Sabah & Sarawak: RM 35

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 25
Sabah & Sarawak: RM 30

Nilai Mata (NM): 5



Berita Berkaitan:

Produk Baru Dari Madu

Produk baru yang akan dikeluarkan merupakan sinergi herba dan madu dan ianya memberikan kesan yang maksima disamping pengurangan kepada kos untuk pembelian 2 produk sekaligus. Produk yang dikeluarkan ialah seperti berikut:-

1. Madu Plantisol

2. Madu Vitex

3. Madu Radix

4. Madu Paramaria

5. Madu Coscinium (sudah dikeluarkan)

6. Madu Ardisia (sudah dikeluarkan)

7. Madu Cuka

Sesuatu herba yang dicampurkan madu akan memberikan kesan yang menyeluruh kerana madu bertindak sebagai katalis bagi membangkitkan kekuatan sesuatu herba. InsyaAllah.








hpa indonesia
read more...

MADU ASLI

Madu Asli

Madu Asli HPA diambil dari Timur Tengah (padang pasir) amat baik untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan kerana kualitinya yang tinggi dimana kadar kelembapan air di bawah 20%. Madu ini diambil dari lebah yang menggunakan pokok kurma, tin dan zaitun.

Di dalam Surah An-Nahl: Ayat 68-69 yang bermaksud; ” Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : “Buatlah sarang di bukit, di pokok-pokok kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian makanlah dari setiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan untukmu. Dari perut lebah itu keluarlah minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda ( Kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir”.

Terdapat juga beberapa Hadis Sahih yang menceritakan para sahabat menggunakan madu sebagai ubat. Rasulullah SAW menjadikan madu sebagai makanan sebelum sarapan pagi dengan mencampurkan dengan air. Ini terbukti oleh pakar-pakar pemakanan kesihatan amalan yang sedemikian akan membantu di dalam proses penghadaman. Oleh kerana madu ini tidak mempunyai kotoran atau racun ia memudahkan fungsi hati dan ginjal. Madu asli juga dapat menaikkan kekuatan fizikal dan mental seseorang.

Untuk orang yang telah uzur dan lanjut usia dicadangkan mengamalkannya satu sudu besar setiap hari sebelum makan. Madu boleh merawat dan menyembuhkan penyakit kulit seperti jerawat, gatal-gatal, luka akibat terbakar, bisul serta kurap dengan cara menyapukan Madu Asli ke bahagian tersebut.

Madu Asli boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan kanak-kanak yang menghadapai masalah lambat berjalan. Ini terbukti dalam satu kajian iaitu seorang kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mengamalkan 2 sudu kecil setiap hari selama 40 hari dan ia menunjukkan satu perubahan yang ketara pada tubuh badan dan akhirnya mampu berjalan.

Komposisi (375 gram per botol) :

Madu Asli diambil dari Timur Tengah

Dos :
Sinergikan dengan:-

1) Madu Asli + Malac/Alac = amat baik untuk memecahkan batu karang (Gallstone) dan melancarkan pengeluaran air kencing.

2) Madu Asli + Teh Herba = khasiatnya sebagai pemakanan kesihatan.

3) Madu Asli + Coscinium Plus = amat baik untuk mengatasi masalah alahan(allergy/resdung).

4) Madu Asli + Radix = dapat menambahkan tenaga dan kesuburan lelaki.

5) Madu Asli + Paramaria Plus = dapat menambahkan dan memperbaiki kesihatan wanita.

Harga Indonesia

Anggota : Rp 75.000,

Konsumen : Rp 90.000

NM : 25,000


read more...

GRAPESEED OIL SOFTGEL

Grapeseed Oil Sofgel

Biji anggur mengandungi Oligomeric Proantho Cyanidin atau OPC yang merupakan bahan antioksida dan unsur semulajadi yang penting. Di dalamnya terdapat bahan semulajadi dan tidak bertoksid. Di samping itu, OPC amat kaya dengan protien terutamanya kalogen yang menjadi bahan utama terhadap pembentukan sel dan tisu.

Malah OPC berfungsi 50 kali lebih kuat daripada Vitamin E dan 20 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C. Kajian menunjukkan, berbanding tumbuhan lain, OPC paling banyak didapati di dalam biji anggur. Pengambilan OPC tidak akan memberikan sebarang risiko sampingan kepada pengguna.

Antara khasiatnya ialah:

* Mengandungi vitamin A, C, E yag tinggi.
* Menurunkan kolestrol.
* Antikanser.
* Antioksidan.
* Antibakteria.
* Menaikkan HDL, baik untuk jantung.

Kandungan

* 60 (bovine) softgel
* Setiap softgel 500mg

Dapatkan segera. Dijamin HALAL 100%.

Harga Pengguna / Harga Ahli
Semenanjung Malaysia: RM 48 / RM 38
Sabah & Sarawak: RM

Nilai Mata (NM): 12


Tulisan Pengarah Urusan HPA


Grapeseed


Masalah rambut yang luruh boleh dirawat dengan pengambilan grapeseed oil HPA (2x 2). Minyak biji anggur sangat baik bagi memperbaiki aliran darah terutama disekitar kepala. Disamping menyihatkan akar atau umbi rambut , minyak ini juga sebenarnya mengandungi bahan tertentu yang khusus untuk kesihatan rambut.
Selain dari itu tonik pandan juga membantu menjadikan rambut sihat dan hitam disamping mengelakan kekeringan terutama di kulit kepala. Rambut-rambut halus akan mulai tumbuh semula InsyaAllah
read more...

EVERGREEN

Evergreen Centella

Makanan Kesihatan Abad Ini!!!

ec-2.jpg

Laksana misteri kaum Muslim Hunza yang menghuni di lembah antara Hindu Kush dan Karakorum, di kaki gunung Himalaya, Asia Tengah. Suatu tempat yang paling tinggi kualiti udara segar di dunia! Mengamalkan cara hidup Islami semaksimanya; dengan cara pemakanan yang sihat, penuh pynutrien alamiah, menjadikan mereka diantara bangsa yang paling panjang umur di dunia. Para Saintis mengkagumi fenomena ini!

Khasiat Evergreen Centella (EC):

Mempunyai Gamma Linolenik Asid (GLA). EC mengandungi GLA sebagai Natural Estrogen yang melambatkan penuaan. Kesan pada kulit dapat dilihat dalam tempoh 20 hari pengambilan. Halus, bersih dan dapat menghilangkan kedut pada kulit.

Baik untuk Pertumbuhan Otak. Masalah keracunan di otak dapat dilihat pada tanda antara jam 11 hingga 1 (Iridologi). Otak memerlukan makanan yang seimbang bagi melakukan self-healing, self-protection dan self-cleansing. EC baik untuk orang dewasa serta anak-anak yang sering terdedah kepada makanan ringan.

Amat sesuai untuk pelajar. EC amat baik diberikan kepada pelajar bagi mengatasi masalah ADD (Attention Deficit Disorder). Ia akan merangsang kecekapan otak untuk lebih tumpuan sewaktu belajar. Pelajar akan lebih tenang kerana EC akan menyebabkan sistem saraf menjadi tenang (kerapkali terjadi kepada anak-anak yang banyak mengambil MSG).

Untuk Purifier Darah. Kita tidak mengetahui sama ada darah kita bersih dari toksid atau tidak sebelum kita mengambil EC. Selepas mengambilnya, tubuh akan bertindak balas seperti merasa mengantuk, pening, gatal-gatal badan, hidung berair atau demam. Semua gejala ini menunjukkan darah anda dipenuhi racun dan ini membuatkan kita cepat tidak bermaya.

Untuk Impotensi. Dalam kajian terbaru pada lelaki di beberapa negara dunia, menunjukkan kadar sperma semakin berkurangan. Ini diikuti dengan meningkatnya masalah impotensi pada lelaki. Elakkan daripada mengambil Pil Viagra - kimia yang merosakkan tubuh!!! Dengan 3 sudu EC serta 3 titis Madu akan memberikan kesan jauh lebih baik daripada Viagra. Kesan akan dapat dilihat setelah 7 hari mengamalkannya.

Penuh Dengan Klorofil. Selain daripada menjadi pencuci tubuh secara alami, klorofil dalam EC mempunyai molekul yang serupa dengan hemoglobin dalam sel darah merah. Baik untuk orang yang kurang darah dan ia meningkatkan kadar pengambilan oksigen. Kekurangan oksigen dapat dilihat pada zon ke 7 (Iridologi).

Komposisi :
Gabungan Pegaga dan Spirulina segar dan kaya dengan protein, lemak, karbohidrat serta pynotruien yang memenuhi keperluan tubuh, diakui sebagai makanan seimbang abad ini, mengandungi Vitamin A, B1, B2, B6, B12, E, Niasin, Inositol, Asid Pantotenik, Asid Folik, Vitamin K serta Mineral seperti Kalsium, Kalium, Magnesium, Fosforus, Besi, Kuprum, Mangan, Kobalt, Iodin dan Selenium.

read more...

MADU

Madu Bersarang (Honey comb)

Madu lebah merupakan saripati tumbuhan (nectar) yang disimpan oleh lebah sebagai sumber makanan. Apabila cuaca sejuk atau kekeringan makanan, lebah akan mengambil madu simpanan sebagai sumber tenaga.

Kitab suci Al-Quran menyebut mengenai madu dan lebah dalam surah An-Nahli iaitu madu merupakan penyembuh penyakit. Lebah akan membebaskan hormon ‘Nasonov Pheromones’ ketika ekspedisi mencari sumber nectar, bunga-bungaan serta ketika pulang ke sarang sebagai alat pandu arah (positioning system). Lebah akan mengumpul (ingest) dan menghadamkan nectar dengan perutnya beberapa kali dan menyimpannya dalam honey comb (petak simpan berbentuk heksagon). Nectar mempunyai kandungan gula dan air yang tinggi.

Antara komponen dan khasiatnya ialah Propolis, Royal Jelly, honey Comb, Bee Venom.

Kepentingan:

  1. Madu telah digunakan sejak turun-temurun kerana khasiatnya yang unik disamping kelebihan penawar yang ada padanya.
  2. Sarangnya terbentuk daripada himpunan sel-sel lekitan lebah yang menempatkan larva, madu dan debunga.
  3. Kandungan mineralnya berbeza mengikut tempat asal madu. Amnya, ia mengandungi kuprum, zat besi, vitamin B, mangan, kalium, kalsium, fosforus, aluminium dan magnesium.
  4. Madu sarang sangat mujarab untuk alahan, dikunyah ketika alahan menjelma.
  5. Sesuai untuk mengelak asid refluk.
  6. Antioksidan yang tinggi, dapat mengelakkan proses penuaan.
  7. Digunakan secara meluas dalam masakan – sapuan roti, snek, salad.

Perhatian:

  • Madu sarang akan menjadi kristal pada suhu sejuk, dibiar pada suhu bilik.
  • Elakkan pemberian madu kepada bayi di bawah umur 12 bulan.

Penggunaan:
Diambil sebelum makan, 1 sudu kecil, 2-3 kali sehari.

“Khasiatnya yang unik disamping kelebihan penawar yang ada padanya”

read more...